Orang tua baptis
Orang tua baptis

Orang tua baptis

Seseorang tua baptis (Bahasa Latin: compater[1][2] atau commater[2], patrinus;[3] Bahasa Inggeris: godparent) berperanan sebagai saksi utama dalam upacara membaptis lalu memasukkan seseorang dalam anutan agama Kristian serta dipertanggungjawabkan mendidik dan menasihati hal agama anak (atau si pemeluk jika sudah dewasa) yang dibaptiskan ini sepanjang hayatnya.[4] Kedudukan ini juga dianggap secara amnya sebagai mentor dan penjaga sah anak yang diamanahkan sekiranya apa-apa berlaku kepada kedua-dua orang tua kandung.[5][6]Orang yang dipertanggungjawabkan ini boleh dalam kalangan lelaki (bapa baptis, godfather) mahupun wanita (ibu baptis, godmother) .